Sejak filem Pengabdi Setan yang ditayangkan di Indonesia September lalu, nama pelakon Bront Palarae menjadi sebutan rakyat di sana.
Kualiti lakonan yang dipersembahkan oleh Bront berjaya membuatkan para pengkritiknya ‘senyap’ dan mula membuka mata terhadap bakat semulajadi pelakon kelahiran Bangkok, Thailand itu.
Baca: Bront Kini Popular Jadi Minat Gadis Di Indonesia
Terbaharu, di laman Twitter, pelakon Ola Bola ini telah membalas tweet seorang pengguna yang dilihat seperti kurang senang dengan sokongan yang diberikan Bront terhadap filem luar negara, terutamanya dari negara jiran.
Lihat printscreen berkenaan di bawah;
Kemudian, seorang lagi pengguna Twitter mempersoalkan tindakan pelakon lelaki tersebut.
“@Bront_Palarae buat apa kita sokong filem luar negara? Lagi-lagi negara yang menghina, memburukkan nama Malaysia,” tulisnya di laman Twitter.
Tambah pengguna Twitter itu lagi, tindakan Bront yang menyokong filem Indonesia itu seakan-akan ‘membuang’ semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.
Tidak cepat melatah, Bront membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya itu.
Di kala kami berusaha untuk menjalin hubungan baik antara 2 negara melalui karya seni. Sentimen2 mcm ni yg boleh menjejaskan siratulrahim yg sedang cuba dibina 🙈 http://pic.twitter.com/bJn53NYXnW
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) November 25, 2017
Menurut tweet yang dimuat naik Bront, tindakan mempromosikan filem luar negara yang ditayangkan di Malaysia merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan hubungan baik kedua-dua negara berkenaan.
Tambahnya lagi, dalam seni tidak wujud sentimen negara. Malah, Bront bersetuju dengan kata-kata pengguna laman Twitter itu yang menyatakan netizen seharusnya menyokong filem buatan tempatan.
Namun, jangan pula perasaan peribadi dibawa masuk ke dalam dunia seni yang tidak mengenal sempadan.
Hakikatnya, memang menjadi tugas untuk Bront memperomosikan filem yang dilakonkannya. Mungkin benar filem tersebut merupakan filem luar, tetapi pelakon Malaysia turut terlibat dalam naskhah tersebut.
Secara tidak langsung, kerjasama itu dapat membawa nama anak seni tanah air ke tahap yang lebih tinggi apabila pembabitan tenaga daripada dua negara itu mempromosikan lagi bakat pelakon Malaysia di Indonesia.
Harus diingat, kita adalah dua negara dari rumpun yang sama yang kerap ada masalah dari sudut politik.
Seharusnya seni menjadi tempat untuk memperbaiki hubungan dan persaudaraan kedua-dua pihak. Bakat yang harus dinilai dan bukannya sentimen yang bukan-bukan- MYNEWSHUB.CC
Video sekadar hiasan…
Loading...