loading...

Barang keperluan harian yang kita tidak tahu mempunyai ciri istimewa

Terdapat pelbagai barang keperluan yang kita semua gunakan dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya pakaian, alatan, gajet dan sebagainya. Kebanyakannya memainkan peranan penting dalam membantu apa sahaja yang kita lakukan dan kita hanya menggunakan barang-barang ini seperti biasa. Jarang sekali kita mengambil tahu tentang adanya keistimewaan lain pada barang-barang tersebut.

Jadi kita semua patut membuka mata dan minda untuk mengenal pasti kebanyakan daripada barang-barang ini adalah lebih unik dan berguna. 

Mari kita lihat beberapa barang yang mungkin kita semua langsung tidak pernah tahu kelebihannya sebelum ini.

1. Cebisan kain pada pakaian baru

cebisan kain pada baju baru

Fungsi cebisan kain ini adalah anda boleh membasuhnya terlebih dahulu untuk melihat samada warnanya akan berubah sebelum anda membasuh keseluruhan pakaian tersebut.

2. Lubang di tepi kasut Converse

lubang kasut converse

Tujuan utama lubang pada kasut Chuck Taylor-All Stars ini dibuat adalah untuk pengudaraan. Kedua, ia digunakan untuk mengikat tali kasut supaya lebih kemas.

3. Lubang pada pita ukur

lubang pita ukur

Dengan adanya lubang ini, kerja mengukur menjadi lebih mudah dengan memaku ataupun menggunakan skru di lubang tersebut supaya lebih kemas.

4. Hujung bergerigi pada pita ukur

hujung bergerigi pita pengukur

Fungsinya mudah. Untuk membuat tanda ketika mengukur.

5. Lubang pada pemegang periuk

lubang pemegang periuk

Selain digunakan untuk menggantung periuk, anda boleh juga meletakkan senduk di lubang ini ketika memasak.

6. Anak panah pada panel minyak kereta

anak panah panel minyak

Ia sangat berguna kepada sesiapa yang menggunakan kereta sewa. Ia menunjukkan di sebelah sisi mana letaknya ruang isian minyak.

7. Lubang di bawah kunci mangga

lubang kunci

Lubang ini mempunyai beberapa fungsi. Pertama, sebagai ruang untuk air mengalir jika digunakan di kawasan terbuka. Kedua, sebagai ruang untuk pelinciran bagi memastikan mekanisma di dalamnya sentiasa dalam keadaan terbaik.

8. Kancing-kancing pada seluar jeans

kancing seluar jeans

Kancing-kancing ini berfungsi untuk menguatkan jahitan yang mudah putus di beberapa kawasan tertentu pada seluar.

9. Kekunci F dan J

fungsi kekunci f dan j

kekunci f dan jTanda kecil pada huruf F dan J di keyboard komputer menandakan kedudukan 'home' di mana jari-jemari sepatutnya 'berehat' di dalam posisi menaip yang betul.

10. 'Sayap' pada kabel kuasa Apple

kabel apple

Digunakan untuk membalut kabel dan menghalangnya dari berselirat ketika di bawa kemana-mana.

11. Bintik kecil pada kamera IPhone

mikrofon kamera apple

Ia sebenarnya adalah mikrofon jika anda menggunakan kamera di bahagian belakang.

Mesti cuba!

Rujukan: dimplify.com

Previous
Next Post »
loading...