loading...

Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital, Shuib Mohon Doa Peminat

siti sarah dikejarkan ke hospital

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah.

Berita itu didedahkan suaminya, Shuib menerusi laman Instagram, @shuibsepahtu awal pagi tadi.

"Doakan isteri saya sihat. Ibu kena kuat. Didi ada ni teman ibu walau apapun jadi. Aku cinta kau, sayang,” tulisnya di kapsyen dalam nada sebak.  

Berserta kaspyen, Shuib memuat naik foto Sarah yang sedang mendapatkan rawatan di zon merah, bahagian 'resuscitation' kecemasan hospital.

siti sarah dikejarkan ke hospital

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

Namun beliau tidak memberikan penjelasan terperinci tentang keadaan isterinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat yang terkejut dengan berita gempar itu mendoakan agar penyanyi genit ini kembali pulih seperti sediakala.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan sehingga kini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang mana masing-masing berumur 6 tahun, 3 tahun dan setahun.

Previous
Next Post »
loading...