Kredit foto: Mstar & Instagram Ara Johari
Penyanyi Ara Johari mendedahkan dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya semalam.
Katanya, menerusi laman Instagram, tiada sebarang kecederaan serius, namun dia mengalami gegaran di bahagian kepala dan sedikit lebam.
Ara, 20, yang dikenali dengan lagu Warkah Untukku berkata, dia redha dengan apa yang berlaku, meskipun kenderaannya rosak teruk.
"Terima kasih yang mendoakan. Saya tak ada kecederaan serius, cuma gegaran di kepala dan sedikit lebam. Tapi Alhamdulillah semuanya baik.
"Cuma kereta memang banyak kena baiki. Saya redha dengan dugaan-Nya," tulisnya di kapsyen.
Kredit foto: Instagram Ara Johari
Pemilik nama lengkap Nurfarrah Izzatie Johari itu juga sedar akan hikmah yang terselindung di sebalik musibah yang berlaku.
"In Shaa Allah akan ada kebaikan di sebalik dugaan yang Dia bagi," katanya akur.
Ara mengambil kesempatan berpesan kepada para pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika musim hujan yang mengakibatkan jalan licin.
"Kepada semua, tolong berhati-hati sebab sekarang jalan tengah licin, sebab musim hujan. Dan jangan memandu laju," nasihatnya.
Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan kesejahteraan penyanyi ini, selain berharap agar dia segera pulih.
Ara yang juga bintang program realiti televisyen, Akademi Fantasia 2016 popular menerusi lagu berhantu, Warkah Untukku dan single terbarunya, Bunga.