Kredit foto: Astro Gempak
"Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa."
Demikian kata-kata suami Elyana, Khairul Anuar Hussin selama lima tahun untuk tidak membiarkan isterinya terus dibelenggu emosi.
Khairul memberitahu dialah yang menjadi saksi betapa luluhnya hati wanita itu apabila dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua pada tahun 2012.
"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.
"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!
"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.
"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.
"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?
"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa," luahnya memetik portal Astro Gempak.
Menyambung cerita, Khairul berkata, apabila memulakan proses rawatan kemoterapi, emosi Elyana menjadi lebih terumbang-ambing.
Khairul berkongsi, dia mula nampak harapan isterinya itu untuk pulih apabila sel kanser didapati mengecut selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, namun Elyana pula mengalami penderitaan, sakit dan berhadapan tekanan emosi.
"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progress. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.
"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.
"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya," tambah Khairul.
Semangat Elyana akhirnya pulih dan bersetuju untuk kembali menjalani kemoterapi pada awal tahun ini. Namun selepas rawatan itu, doktor memaklumkan kanser limfoma dalam tubuhnya sudah berada di tahap empat!
Kredit foto: Astro Gempak
Terdahulu, Elyana yang tersingkir di minggu kelima Gegar Vaganza 4 meruntun emosi ramai apabila mengumumkan dia adalah penghidap kanser kelenjar tahap empat ketika membuat ucapan di hujung konsert itu.