Mendapat reaksi dan juga sambutan yang sangat positif dari kunjungan orang ramai dari pelbagai peringkat umur, Expo Negaraku sebenarnya mahu berkongsikan pelbagai lagi perkara menarik.
Bagi anda yang belum berkesempatan menjejakkan kaki di Expo Negaraku, masa yang tinggal kurang daripada sebulan ini merupakan masa terbaik untuk melihat sendiri bagaimana kebangkitan Malaysia menerajui masa depan.
Selain itu, hujung minggu ini anda aktiviti yang sangat best untuk dilakukan bersama keluarga. Untung siapa yang datang hujung minggu ini sebab ada wayang pacak. Mari kami kongsikan sedikit info bersama anda.
Persembahan Budaya akan diadakan pada 2 dan 3 Disember pada sebelah siang (Recognizing Our Heritage of Malaysian Culture) bermula 10 pagi hingga 4 petang.
Ini pula maklumat ringkas aktiviti pada waktu malam yang akan berlangsung di Dataran Merdeka:
A Tribute to Malaysia (Movie Night)
1 Disember: Seniman Bujang Lapok (9.30 malam)
2 Disember: Pendekar Bujak Lapok (7.30 malam)
2 Disember: Ola Bola (9:30 malam)
Comedy Night (8 hingga 10 malam)
3 Disember: Turut dimeriahkan dengan kehadiran Afdlin Shauki dan ramai lagi barisan pelawak tanah air.
Sementara itu bagi anda yang berminat untuk mengetahui aktiviti lain di sini, sebenarnya terdapat 5 kubah yang bakal membawa anda melihat sendiri bagaimana pembangunan Malaysia sejak dari dahulu serta apakah perancangan seterusnya bagi memastikan negara kita akan sentiasa berdaya maju di mata dunia.
Selain itu, kubah-kubah yang dilengkapi dengan pelbagai paparan yang berteknologi tinggi ini pastinya membuatkan anda hanyut dalam menghayati setiap perkara yang dipamerkan di sini.
Sekarang’kan cuti sekolah pula, memang sesuai sangat bawa anak-anak datang ke sini. Food truck dan kemudahan lain pun ada disediakan di sini.
Expo Negaraku hanya akan dibuka sehingga 15 Disember ini sahaja dan bagi yang berminat, bolehlah datang seawal 10 pagi. Jangan risau, aktiviti di sini berakhir jam 10 malam.
Jika anda ada masa, bolehlah lawat kelima-lima kubah yang ada di Dataran Merdeka ini. Jangka masa sekitar 45 hingga 60 minit dijangka diperlukan untuk melawat lima kubah. Tak lama pun, bukan?
Jadi apa tunggu lagi? Ayuh tunjukkan semangat anda kepada tanah air dan jika anda benar-benar mahu mengetahui sendiri apa yang bakal dilaksanakan di Malaysia bagi tahun mendatang, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda luangkan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW