loading...

Mas Idayu Perjelas Video ‘Silat’ Di Pentas DAA

NAMA Mas Idayu menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini selepas tularnya video memarahi seorang peserta di pentas program D’Academy Asia 3 (DAA3).

Baca: Kena Marah Di DAA3, Baby Shima Tak Salah Mas Idayu

Juga: Rakaman Parodi Diri Tular, Mas Idayu Anggap Kelakar

Belum habis lagi dengan isu video makian  tersebut, kini tular pula satu lagi video mengenai penyanyi dangdut terkenal ini.

Kali ini, video tersebut menunjukkan Mas Idayu bertikam lidah dengan salah seorang juri program realiti yang turut dihakimi olehnya.

Video tersebut juga berjaya mencuri perhatian netizen kerana aksi Mas Idayu dan penyanyi Indonesia yang bernama Soimah Pancawati itu seakan bersilat di atas pentas tersebut.

Soimah Pancawati

Namun, pelantun suara bagi lagu Cintaku 100% itu menjelaskan cerita sebenar disebalik video yang berdurasi tiga minit itu.

Menurutnya, video tersebut merupakan gimik untuk program D’Academy Asia yang diadakan pada tahun 2015.

“Itu bukan yang terbaharu, itu video program sama tiga tahun lalu. Saya tahu kerana saya yang duduk di kerusi itu sebagai juri.

“Biarlah orang nak komen apa pun. Kalau kita layan, memang tidak jalan kerja kita. Sejujurnya, dalam satu hal untuk rating sesebuah program, saya juga memainkan peranan sebagai juri.

“Insya-Allah, satu hari nanti jika ada artis Malaysia diundang untuk menjadi juri, mereka akan tahu cara D’Academy Asia beraksi,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Terdahulu, videonya memarahi Baby Shima di pentas D’Academy Asia 3 tular berikutan ketegasan dan keseriusan yang ditunjukkan.

Video tersebut menjadi sebutan netizen kerana mereka merasakan tindakan Mas Idayu memarahi Shima sebagai memalukan negara dan tidak wajar.

Namun, Baby Shima tampil memberikan penjelasan kenapa penyanyi dangdut berkenaan bertindak sedemikian. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Previous
Next Post »
loading...