Kredit foto: klick.my & Instagram Sinar FM
Penyampai Sinar FM, Shuib membuat keputusan mengundur diri daripada stesen radio yang disertainya sejak dua tahun lalu itu.
Beliau berbuat demikian kerana berhadapan kekangan masa dan komitmen kerja lain.
Dalam nada sebak, Shuib mengumumkan, "Sebenarnya saya ada pengumuman untuk semua hari ini… Sinar.fm selamat tinggal kerana ini adalah hari terakhir saya di sini.
“Selepas dua tahun berada di Sinar.fm bermula 30 November 2015 sehingga hari ini, 29 November 2017.
“Saya sayang SINAR. Fm, diberi peluang menjadi penyampai radio di sini untuk segmen pagi, Sepahtu Sinar memang satu penghormatan besar untuk saya.
“Tetapi hari ini saya terpaksa membuat keputusan dan tamatnya saya di stesen radio ini adalah atas dasar tuntutan kerja dan masa. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pendengar Sinar.fm."
Sementara itu, dalam kiriman video Sinar FM melalui akaun Instagram (IG) rasmi, kelihatan jelas wajah sayu Jep dan Rahim yang merupakan teman sekerja Shuib di segman Sepahtu Sinar.
Video itu memperdengarkan rakaman suara Shuib yang sedang menangis ketika memaklumkan berita gempar itu kepada Jep dan Rahim.
Shuib tidak hadir ke konti kerana sedang berada di sisi isterinya, Siti Sarah yang terlantar di hospital.
Sarah berada di wad sejak semalam kerana mengalami tekanan darah rendah secara tiba-tiba.