PASIR PUTEH – Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir untuk tidak mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ malah segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jika hujan masih berlarutan.
Ahmad berkata sikap berkenaan tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka tetapi hanya akan menyukarkan pasukan penyelamat melakukan operasi menyelamat jika mangsa terperangkap dalam bencana tersebut terutama pada waktu malam.
“Mereka sepatutnya bersedia mematuhi arahan pihak berkuasa bagi membolehkan kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan lancar.
“Kita minta mereka yang terbabit
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Faudzi Che Mamat dan Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Anis Hussein.
Beliau turut menjangkakan paras air sungai akan meningkat berikutan keadaan cuaca yang semakin buruk ketika ini.
Katanya beliau berharap orang ramai tidak menjadikan musim banjir sebagai pesta dan sentiasa mengambil langkah berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. – BERNAMA
Loading...

Penjara 6 Bulan Ganti Denda Terhadap Lelaki Rakam, ...

Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mul ...

Lebih 2.7 Juta Kenderaan Ada Di Lebuh Raya Setiap ...

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Sambutan Aidilfitri ...