loading...

"Nasib Baik Selamat Sempat Ke Hospital, Kalau Tidak.." - Shuib

nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak shuib

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu & encikshino.com

Pelawak Shuib (Sepahtu) memaklumkan, keadaan isterinya, Siti Sarah semakin pulih, meskipun pada awalnya amat membimbangkan.

Pelawak yang juga mencipta nama sebagai penyampai radio dan hos itu berkata, sewaktu mula dikejarkan ke hospital, tekanan darah Sarah berada di paras yang sangat rendah.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi (Selasa) keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini (Rabu) dah okey.

"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak.... (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi (Selasa), tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan," kata Shuib.

Shuib membuat kenyataan melalui Instagram secara langsung pada pagi semalam.

Dalam pada itu, Shuib turut memuat naik foto Sarah terlantar di hospital sambil menyeru para peminat mendoakan kesembuhan isterinya.

Dalam perkembangan lain, Shuib mengumumkan pengunduran diri sebagai penyampai radio di Sinar FM.

Pun begitu, dia tidak berpeluang menjayakan hari terakhir di konti Sepahtu Sinar kerana perlu menemani Sarah di wad.

Dedah Shuib, keputusan mengejutkan itu dibuat kerana kekangan masa dan komitmen kerja lain.

"Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.

"Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.

"Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi," ujarnya.

Sepahtu Sinar antara lain dikendalikan Jep dan Rahim, mula ke udara sejak 30 November 2015, siaran jam 6 hingga 10 pagi, pada lima hari bekerja.

Sumber berita: Mstar
Previous
Next Post »
loading...