Cemburu adalah sifat semulajadi manusia tidak kira lelaki atau perempuan. Sesetengah pakar mengatakan rasa cemburu (yang bertempat) perlu ada dalam setiap perhubungan.
TETAPI sifat cemburu yang melampau dan membuta tuli adalah sejenis penyakit mental yang bukan saja menjejaskan hubungan suami isteri, malah kadangkala berakhir tragedi.
Di Australia, seorang lelaki Garret Juan Daniels berusia 31 tahun memiliki sifat cemburu yang melampau.
Pada suatu hari, semasa melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya, dia mendapati isterinya sedang menyusukan bayi mereka. Daniels merasa sangat cemburu tatkala melihat puting isterinya sedang dihisap oleh bayinya sendiri!
Dikuasai rasa cemburu, dia terus beredar lalu mencapai sekop (shovel) sebelum masuk semula ke dalam bilik, kemudian memukul kepala isterinya dari belakang.
Isterinya tidak dapat mengelak kerana sedang menyusukan bayi.
Walaupun begitu, isterinya berjaya melarikan diri dari bilik. Ayah mentua Daniels yang mendengar keributan di rumah pasangan tersebut, segera datang dan mendapati anaknya berlumuran darah. Dengan segera dia menghubungi teksi dan membawa anaknya ke hospital.
Tetapi Daniels tidak mahu melepaskan mereka. Dia berpaut pada pintu sehingga pemegang pintu teksi patah apabila dia cuba masuk ke dalam.
Tidak berjaya masuk ke dalam, dia berbaring pula di atas jalan untuk menghalang laluan teksi tersebut.
Walau bagaimanapun, pemandu teksi berjaya mengelak. Ayah mentuanya diturunkan di Balai Polis Nightcliff. Sementara itu isterinya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan kecederaan di belakang kepala.
Beberapa jam selepas itu, polis berjaya menjejak Daniels. Menyedari kehadiran polis, dia segera menyusup keluar dari tingkap, tetapi berjaya ditangkap.
Sepatutnya minggu ini Daniels akan dihukum, tetapi peguamnya merayu supaya hukuman diringankan kerana Daniels menyesali tindakannya. Di samping itu, komuniti masyarakatnya juga bersedia untuk memulihkannya.
Hakim Greg Smith mengatakan walaupun dia menghantar mesej yang jelas bahawa keganasan rumahtangga tidak dapat diterima, tapi dia bersedia mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan jika penatua masyarakat asli Australia dapat memberikan maklumat bagaimana cara mereka memulihkan Daniels.
Hukuman terpaksa dijadualkan semula pada bulan hadapan.