Bak kata orang, orang lama pastinya sudah makan garam terlebih dahulu atau bahasa mudahnya lagi berpengalaman. Berada dalam situasi yang sama, Che Ta sempat berpesan kepada Fazura agar redha dan banyak bersabar.
BACA: Fattah Amin, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri
Seperti ramai yang sedia maklum, Che Ta (44 tahun) sendiri bersuamikan Zain Saidin (32 tahun) yang pastinya lebih muda daripada dirinya dan bercakap melalui pengalaman, bolehlah Fazura mengambil sedikit sebanyak pesanan pelakon wanita berkenaan.
“Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza. Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza”
“Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain,” jelasnya kepada mStar
Namun apa yang dikongsikannya itu bukanlah masalah dan Che Ta lebih suka menjadikannya sebagai sebuah proses pembelajaran.
“Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama. Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,” ujarnya.
Untuk pengetahuan anda, Fattah berusia 27 tahun manakala Fazura pula berumur 34 tahun. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Rapid Kl On-demand Kini Boleh Bayar Guna Kad Debit ...

Dalang Curi Seluar Dalam Dikenal Pasti ...

Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pe ...

Sampai Kena Boo, Peminat Bengang Konsert G-drago ...