Kadang-kadang, kebaikan yang kita hulur akan diambil kesempatan oleh mereka yang berhati busuk. Itulah yang berlaku terhadap seorang remaja semasa membantu seorang gelandangan di jalanan.
Tatkala gadis yang baru berusia 14 tahun bersama neneknya mahu menikmati makanan dalam restoran Burger King di Springfield, Missouri, mereka terlihat seorang gelandangan duduk memerhati dari luar.
Gelandangan yang bernama Gary Warner berusia 65 tahun ini kelihatan seperti kelaparan. Melihat keadaan Gary, sang gadis dan neneknya merasa simpati.
Tanpa berkira, gadis yang baik hati itu membeli secawan kopi, kemudian membawanya keluar, lalu dihulurkan kepada Gary.
Gary menyambut baik pemberian itu. Melihat kemurahan hati si gadis, Gary membalasnya dengan ciuman dan meraba buah dadanya! Perbuatannya turut disaksikan oleh dua orang pekerja restoran tersebut.
Berang dengan perbuatan cabul Gary, mereka melaporkannya kepada polis. Akhirnya Gary ditangkap atas dakwaan melakukan pencabulan kanak-kanak.
Rupanya ini bukan kali pertama Gary membuat onar. Polis juga mempunyai rekod kesalahan lampaunya yang antaranya ialah; merompak, menceroboh, mabuk di tempat awam, mengelak ditangkap, berkelakuan tidak senonoh dan serangan.
Kini dia berada dalam tahanan di Penjara Greene County.
Malang buat si gadis, baru saja berbuat kebaikan dicium dan diraba pula oleh gelandangan tua tak sedar diri!