KUALA NERUS – Bagaikan pulau!.
Itu gambaran mengenai keadaan sebuah rumah didiami seorang warga emas, Aishah Ibrahim, 70, di Kampung Manir dekat sini, setelah perkarangan rumahnya dinaiki air sejak tengah malam Isnin lepas.
Beliau yang lebih selesa dipanggil Mok Esah, berkata hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu menyebabkan perkarangan hadapan rumahnya dinaiki air setinggi paras pinggang manakala di kawasan bahagian dapur dinaiki air sehingga betis.
Bagaimanapun, ibu kepada sembilan anak itu belum mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana berpendapat masih selamat tinggal di bahagian atas rumahnya yang menempatkan ruang tamu dan beberapa bilik.
“Bilik bawah memang sudah tidak boleh tidur sebab air naik sehingga paras dada, jadi tok tinggal di tingkat atas bersama dua cucu…nasib baik bahagian dapur pun masih belum dinaiki air sebab ada tangga yang agak tinggi.
“Tapi tok tidak bimbang sangat
Isteri kepada Pegawai Penyelaras DUN Manir, Norliza Muda, 53, serta beberapa kakitangannya turut melawat warga emas berkenaan dan menyampaikan bantuan berupa barangan dapur serta wang tunai kepada Mok Esah hari ini.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Manir, Yusof Awang Hitam ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan penduduk di kawasan berkenaan terutama di tempat berisiko banjir.
“Setakat ini, keadaan banjir masih terkawal di Manir dan hanya satu PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga.
“Kita juga akan mencadangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mempercepat kerja-kerja mendalamkan parit berhampiran rumah Mok Esah agar banjir tidak berlaku dengan lebih buruk pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA
Loading...

Pesawat Patah Balik, Juruterbang Lupa Bawa Pasport ...

Kesihatan Jamal Yunos Makin Merosot, Sel Kanser Di ...

Kajian Literatur: Maksud & Panduan Penulisan ...

Dakwaan Hina Agama & Gugat Ketenteraman Awam, ...