loading...

Kahwin Suami Orang, Ini Jawab Izreen Azminda

kahwin suami orang izreen azminda buka mulut

Kredit foto: encikshino.com & Astro Gempak

“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media minggu hadapan akan menjelaskan segalanya.”

Demikian jawapan pelakon Izreen Azminda, 32, berkenaan dakwaan dirinya berkahwin dengan pemuzik bebas dikenali sebagai Ude yang juga suami kepada dua orang anak.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

“Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” ujarnya memetik portal Media Hiburan.

Izreen berkata, dia berasa sedih dan kesal apabila sesetengah pihak sengaja bertindak mengeruhkan lagi keadaan.

Difahamkan, sebuah sidang media diaturkan Izreen di Damansara, dijadualkan berlangsung pada Selasa depan, yang mana lelaki yang didakwa suaminya itu akan hadir bersama.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja," katanya.

Tambah Izreen, buat masa ini dia lebih selesa mengunci mulut daripada mengulas apa-apa. 

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral,” jelasnya.

Terdahulu, dalam laporan yang dikeluarkan Mstar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama panggilannya, Ude.

Kemudian, seorang wanita bernama Intan, yang memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada Ude, berasa terkejut mendapat tahu suaminya itu sudah berkahwin dengan seorang aktres popular.

Sumber berita: Astro Gempak & Media Hiburan
Previous
Next Post »
loading...