loading...

Amalan Penggunaan Putik Kapas Untuk Telinga Patut Dihentikan Hari Ini

takut ketika telinga dikorek

Korek telinga memang seronok rasanya. Apatah lagi selepas melihat apa yang dikeluarkan daripada telinga. Bagaimanapun rasanya sudah berulang kali peringatan sama diulang-ulang kepada kita semua - usah korek telinga menggunakan putik kapas.

Ini adalah peringatan yang dikeluarkan secara rasmi oleh American Academy of Otolaryngology (AAO). Garis panduan penjagaan telinga yang disebutkan teramatlah jelas bunyinya; "tahi telinga yang tidak menyebabkan apa-apa simptom atau menutup saluran telinga sepatutnya dibiarkan sahaja."

KIta tidak perlu melakukan proses meletakkan lilin di atas telinga, memasukkan air ke dalam telinga untuk 'mencuci' dan tidak perlu menggunakan putik kapas untuk mencuci telinga.

profesion pengorek telinga di india

Seorang pakar telinga, Dr. Mark Vaughan dari Auburn Medical Group menjelaskan putik kapas hanya akan menolak tahi telinga ke dalam, kerana saiznya yang besar dan bulat. Lagipun, memang jelas tahi telinga mempunyai fungsi khas - untuk memerangkap habuk dan debu di luar supaya tidak termasuk dalam telinga.

Telinga juga mempunyai sistem pembersihan sendiri. Setiap kali kita menggerakkan rahang kita melalui gerakan mengunyah dan juga pertumbuhan kulit baru dalam telinga, ini akan menolak keluar tahi telinga keluar dari saluran telinga. Akhirnya nanti tahi telinga akan mengeras lalu jatuh apabila kita tidak sedar atau mungkin ketika kita mandi.

Ini adalah proses semulajadi yang tak perlu kita ganggu (atau geli) kerana sistem ini adalah pembersih telinga sebenar.

korek telinga tepi jalan

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, ada kes di kalangan 10 peratus kanak-kanak, 5 peratus orang dewasa dan 1/3 warga emas yang mengalami kegagalan sistem pembersihan telinga. Ini adakan menyebabkan wujudnya timbunan tahi telinga di dalam saluran telinga yang mampu menyebabkan saluran tertutup atau tersumbat.

Apabila situasi seperti itu timbul, anda pasti merasai kesakitan, bunyi dalam telinga atau rasa telinga tertutup, hilang pendengaran, sakit atau batuk-batuk - silalah berjumpa doktor untuk memeriksanya. Bagi mereka yang sudah terbiasa, pasti kita merasakan putik telinga adalah jawapannya.

Menurut Dr. Vaughan, masalahnya timbul kerana putik kapas yang kita gunakan, saiznya melebihi separuh daripada diameter saluran telinga normal. Ini samalah seperti seorang tukang paip yang membersihkan paip menggunakan alat yang sama besar dengan paip dan apa yang akan berlaku hanyalah tolakan lebih jauh ke dalam, bukannya menariknya keluar.

ear candling mampu rosakkan telinga

Ada tiga perkara yang disarankan untuk diamalkan

Pertama, tahi telinga adalah normal. Tahi telinga yang tidak menyebabkan sebarang simptom seperti halangan pada telinga patut dibiarkan begitu saja. Kedua, fahami bagaimana simptom masalah pendengaran - hilang daya pendengaran, rasa tertutup, bunyi dalam telinga atau ada berlaku ketidakstabilan pada bunyi yang kita dengar. Yang ketiga, berjumpalah dengan pakar apabila anda mengalami masalah pendengaran kerana masalah pendengaran boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga.

Ada tiga perkara pula yang disarankan untuk kita hentikan. Yang paling penting, terlalu rajin mencuci telinga di bahagian dalam, menggunakan putik kapas atau apa saja objek yang kita rasa 'selamat' untuk mencuci telinga. Kedua, melakukan 'rawatan' ear candling kerana ini akan menyebabkan kerosakan kekal pada salur telinga dan gegendang. Yang terakhir, menggunakan titisan telinga untuk melembutkan tahi telinga tanpa mendapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah.

Rujukan

American Academy of Otolarynology

Olahan semula artikel

Here's Why You Really Shouldn't Clean The Wax From Your Ears

Previous
Next Post »
loading...