Tidak pasti sama ada Fathia Latiff bergurau atau tidak, tetapi apa yang pasti reaksinya pada tweet yang dimuat naik Remy Ishak agak janggal lebih-lebih lagi Remy sudah menjadi tunangan orang. Menerusi Twitter, Fathia ada memberitahu ingin menatap wajah Remy sampai tertidur.
BACA: Fathia Latiff Didakwa Lewat Lima Jam Ke Lokasi
Reaksinya itu berikutan Remy ada memuat naik soalan di Twitter, bertanya kepada peminatnya jika berpeluang bercuti bersama apakah yang akan dilakukan individu tersebu sepanjang perjalanan. Bagaimanapun reaksi Fathia tidak disenangi peminat kerana merasakan tidak menghormati tunang Remy.
Tambah menarik lagi, bekas kekasih Remy, Tiz Zaqyah turut memberi respond terhadap status Fathia. Sekali lagi kami tegaskan disini, tidak pasti Fathia bergurau sebagai rakan atau tidak. Tetapi rata-rata status itu tidak disenangi peminat dan ramai meminta Fathia ‘move on’ sahaja.
Kebelakangan ini Fathia memang agak aktif di laman Twitter sampaikan ada sahaja kontroversi yang ditimbulkannya. Bak kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Mungkin Fathia perlu fikirkan sensitiviti tunang Remy sebelum bergurau. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW