Dewasa ini kebanyakan orang lebih suka berkahwin pada usia yang matang. Hal ini banyak dipengaruhi oleh kompleksiti zaman sekarang yang serba-serbi memerlukan duit. Ramai pasangan kekasih memilih untuk menangguhkan perkahwinan gara-gara ketidaksediaan kemampuan ekonomi mereka.
TETAPI ada juga sesetengah tempat, terutama di kawasan luar bandar masih mengamalkan perkahwinan bawah umur.
Di Sulawesi Barat, netizen dihebohkan oleh perkahwinan pasangan bawah umur, di mana mempelai lelaki bernama Aling berusia 16 tahun, dan mempelai wanita dikenali sebagai Andiri baru menjangkau umur 15 tahun.
Walaupun di atas buku, undang-undang Sulawesi jelas menetapkan usia minimum perkahwinan lelaki adalah 19 dan wanita 16 tahun, namun perkahwinan bawah umur kerap terjadi di negeri ini. Biasanya mereka dinikahkan secara kampung.
Pernikahan atas dasar suka sama suka ini telah dilangsungkan pada 26 November lalu, bertempat di Lampa, Sulawesi Barat. Ia berlangsung sangat meriah dan diberi jolokan “Kids Jaman Now.”
Menurut keluarga terdekat, Aling dan Andiri sudah lama bercinta. Mereka dikatakan sering keluar bersama. Bahkan kadang-kadang balik terlajak sampai subuh. Untuk mengelak sebarang mudarat, kedua keluarga bersetuju untuk menikahkan mereka.
Pernikahan yang menjadi tular dalam laman sosial ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang bereaksi negatif.
“Masih terlalu kecil, seharusnya orang tua memberikan saran umur 16 itu umur untuk belajar. Kalau di desaku, anak menikah di bawah umur 18 tahun tidak mendapat surat nikah,” ujar salah seorang pengguna laman sosial.
JADI buat para pembaca budiman, apa pendapat anda tentang perkahwinan bawah umur ini?