loading...

JAWI Sahkan Fattah, Fazura Kahwin Dengan Cara Betul

Ketika ramai sedang bergembira dengan berita pernikahan pasangan Fattah Amin dan Fazura semalam, ada yang mempersoalkan keistimewaan yang diberikan oleh pihak JAWI kepada pasangan ini kerana baru beberapa hari lepas mereka mengakui masih belum menghadiri kursus perkahwinan.

Bagaiamanapun, JAWI menyangkal dakwaan berkenaan dan menjelaskan pihaknya ada menerima dokumen lengkap pernikahan pasangan itu. Malah Fattah dan Fazura juga melalui proses yang sama iaitu melalui secara talian.

BACA: Fattah Amin, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri

“Ya, mereka telah bernikah malam tadi dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami juga telah menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut”

“Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian. Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain,” katanya kepada m Star Online.

Selepas berita pertunangan yang diumumkan menerusi sidang media tempoh hari, Fattah dan Fazura sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila bernikah secara tertutup dan senyap semalam di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri keluarga dan teman rapat pasangan. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...