loading...

Kisah Sedih Bapa Berjalan Kaki Gendong 2 Anak…

BARU-BARU ini tular di laman sosial Indonesia mengenai seorang bapa yang mengendong dua orang anak kembarnya dan berjalan ratusan kilometer kerana ingin pulang ke kampung halamannya.

Khabarnya, lelaki yang dikenali sebagai Andi Sudirman itu berjalan kaki dari Jakarta Barat ke Bone Sulawesi Selatan kerana tidak cukup duit untuk membeli tiket bas buat mereka bertiga.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, Andi mengendong anak-anaknya yang comel itu sambil berkaki ayam.

Menurut Andi, dia berasal dari Palembang dan telah ditinggalkan isterinya sejak setahun yang lalu.

“Saya dari Palembang, isteri saya lari entah kemana,saya tak punya tempat tinggal,tak ada saudara di sini,” katanya dipetik sebuah portal negara berkenaan.

Tambah Andi, sebelum ini dia ada meminta bantuan dari badan kebajikan untuk menampung kos tambang bas mereka yang berjumlah Rp 1275 (RM570).

Namun, permintaan yang dilakukan sejak beberpa bulan lalu tidak diendahkan sekaligus dia memasang tekad untuk berjalan kaki.

Menurut sumber, pengguna jalan raya mahu memberikan sumbangan kepada Andi, namun lelaki tersebut menolak secara baik kerana tidak mahu dianggap sebagai pengemis.

Tambahnya lagi, mereka yang terserempak dengan Andi ingin membantu kerana kasihankan anak-anaknya itu.

Namun, sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, dia tidak mahu anak-anaknya memandangnya sebagai seorang pengemis.

Melihat sikap bermaruah Andi, rakyat Indonesia menggesa wakil pemerintah untuk turun padang membantu Andi serta dua anaknya bagi meringankan kedaifan mereka sekeluarga.

Kami di Mynewshub mendoakan moga Andi dan anak-anaknya menerima kebahagian dalam hidup mereka- MYNEWSHUB.CC

Loading...

Previous
Next Post »
loading...