BESUT – Kreatif dan unik!.
Itu gambaran sesuai mengenai seorang pemuda, Mohd Khairul Che Shafie, 24 bersama anak saudaranya, Alif Azhar, 19 yang membina rakit daripada penutup tangki air dan beberapa botol air minuman untuk memindahkan kambing ternakan mereka ke tempat selamat.
Mohd Khairul berkata banjir yang melanda rumah mereka di Kampung Lembah Guntung dekat Tembila di sini sejak awal pagi semalam menyebabkan kandang yang menempatkan 13 ekor kambing mereka musnah.
“Kami terpaksa membuat kandang sementara di tepi jalan berhampiran rumah kerana tiada tempat lain yang lebih selamat untuk haiwan itu.
“Bagaimanapun, petang ini kami mahu memindahkan beberapa ekor anak kambing yang masih muda kepada ibu mereka yang terperangkap di belakang rumah.
“Kami terpaksa memindahkan haiwan ini dengan kadar segera kerana risau ia kelaparan, jadi kami
Walaupun situasi banjir di Terengganu bertambah pulih dengan penutupan banyak pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi masih ada beberapa kampung yang ditenggelami air sehingga kini.
Mohd Khairul berkata beliau bekerja di Kuantan dan tidak begitu mahir menguruskan haiwan ternakan itu menyebabkan proses pemindahan mengambil sedikit masa.
“Sebab itu saya kena buat rakit, kalau orang dah biasa, mungkin boleh dukung sahaja kambing-kambing ini meredah air untuk ke belakang rumah.
“Alhamdulillah cuaca makin pulih dan saya berharap semua kambing ternakan ayah saya ini dapat kembali ke kandang mereka secepat mungkin,” katanya. – BERNAMA
Loading...

Sar Cari Budak Autisme Hilang Di Baling Disambung ...

Awie Titip Pesan Buat Erra Jangan Buang Masa, S ...

Bsh Umum Senarai Pelumba Musim 2025 ...

Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Meninggal Dunia ...