KUCHING – Seorang anjing peliharaan yang telah menggigit seorang wanita di Ladang Masranti, Telagus di Serian pada bulan lepas disahkan positif wabak rabies, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Sekretariat itu, dalam kenyataan hari ini, berkata anjing milik individu dari ladang tersebut telah menggigit betis kanan Marni Nasir, 42, pada pada 19 Okt lalu dan mangsa telah mendapatkan dua rawatan pada hari kejadian dan lima hari kemudian.
Menurutnya, pihaknya telah menerima keputusan histopatologi terhadap haiwan itu daripada Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di
Lanjutan itu, JPBN mewartawakan kawasan ladang itu sebagai kawasan jangkitan penyakit rabies yang ke-27 di negeri itu.
Sekretariat itu berkata sebanyak 282 daripada 288 sampel yang dihantar ke VRI Ipoh telah diterima setakat semalam.
“Sampel tersebut adalah terdiri daripada 257 sampel anjing, 24 sampel kucing dan satu sampel kelawar. Daripada 282 keputusan kes, 56 atau 19.9 peratus yang terdiri daripada 50 sampel anjing dan enam sampel kucing telah disahkan positif virus Rabies,” katanya. – BERNAMA
Loading...

Enjin Terbakar, Pesawat Airasia Terpaksa Mendarat ...

Pulas Telinga Hingga Cedera, Pengetua Tadika Diden ...

Shopping Sakan Persiapan Raya Di Lotuss, Hadiah B ...

Tiada Sekatan Visa Baharu Dikenakan Ke Atas Rakyat ...