Kecoh seketika dunia seni hiburan tanah air apabila ada yang mendakwa bahawa Fattah Amin dan juga Fazura sudah pun bernikah sebelum sama-sama berangkat menunaikan umrah baru-baru ini.
BACA: Fazura Kena Banyak Sabar Bersuami Muda
“Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami”
“Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi. Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar”
“Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami,” katanya kepad BH Online.
Sementara itu dalam masa yang sama Fattah menjelaskan bahawa mereka sedang merancang dua majlis membabitkan rakan media serta keluarga rapat, selain untuk peminat, pada awal tahun depan. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW