Kredit foto: Astro Gempak
Penyanyi Lan, 32, mengalami keracunan makanan yang teruk hingga mengakibatkan buasir dan terpaksa berkerusi roda.
Lan yang juga peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4), berkata, dia mengalami sakit perut sejak malam Isnin dan melarat sehingga hari ini.
"Saya kena keracunan makanan dan cirit-birit sejak malam tadi (Isnin) hingga melarat menjadi buasir.
"Keadaan ini menyukarkan saya berjalan hingga terpaksa dipapah dan berkerusi roda," katanya menurut portal Astro Gempak.
Lan atau nama penuhnya Razlan Mohamed
"Saya harap kesihatan akan kembali pulih seperti sedia kala dan meneruskan sesi latihan esok. Doakan saya cepat sembuh," katanya.
Dalam pada itu, Lan berharap masalah kesihatan itu tidak menjadi isu dan dianggap seolah dia sengaja menagih simpati.
"Jangan fikir saya mahu raih simpati. Saya akan terus berjuang untuk GV4 sepertimana penyanyi lain," tambahnya.
Pada konsert keenam, Lan bakal mendendangkan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya, nyanyian asal oleh U.K's.
Konsert GV4 ke udara secara langsung, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.
Sumber berita: Astro Gempak

Pernah Dituduh Tak Puasa, Tony Eusoff Dipaksa Tunj ...

Kantoi Kongsi Tips Elak Cukai Gst Di Media Sosia ...

Llm: Lebih 2.7 Juta Kenderaan Penuhi Lebuh Raya Se ...

Dana Mitra: Wanita Mengaku Tidak Bersalah 3 Pertud ...