KUALA LUMPUR – Kira-kira 150 orang terdiri daripada pengasas produk kecantikan yang menghadiri Majlis Sepetang Pengusaha Produk Kecantikan dan Kesihatan Tempatan Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di sini, hari ini.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak tiba sekitar jam 6 petang dengan disambut oleh Presiden Pertubuhan Gagasan Kreatif Malaysia, Farah Haizum Manap.
Datin Seri Rosmah Mansor Bersama Presiden Pertubuhan Gagasan Kreatif Malaysia, Farah Haizum ManapDalam ucapan majlis tersebut, Rosmah berkata pasaran industri berkaitan produk kecantikan di Malaysia semakin berkembang maju selari dengan perkembangan di peringkat global.
Ekoran itu, para pengusaha digalakkan mengambil peluang dan berusaha menguasai pasaran global terutama segmen halal yang dilihat semakin terbuka luas.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah MansorPerkara tersebut secara tidak langsung dapat membuka peluang yang luas untuk bersaing dalam pasaran di peringkat global sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk kosmetik yang halal.
“Pengusaha produk seharusnya sedar dengan scenario pasaran kosmetik global pada hari ini yang semakin terbuka dan mengalu-alukan keperluan kosmetik halal.
“Ini ditambah dengan hampir satu perempat daripada penduduk dunia ialah beragama islam, sekaligus menjadikan pasaran halal global antara yang terpenting.
“Ini menunjukkan peluang sememangnya terbuka luas kepada pengusaha kosmetik tempatan untuk sama-sama bersaing di pasaran produk kosmetik halal dunia dan seterusnya mampu menjadikan negara ini sebagai hal pengeluaran produk tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para pengusaha produk kecantikan untuk menjaga kepentingan kualiti serta keperluan agar sentiasa memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Ia termasuklah mendapat pengiktirafan atau kelulusan daripada pihak berkaitan seperti Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Dalam konteks ini, suka lah saya mengingatkan para pengusaha yang ada agar sentiasa mementingkan kualiti produk serta keperluan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kementerian yang berkaitan.
“Antaranya mendapat pengiktirafan atau kelulusan pihak berkuasa seperti Biro Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selebriti Terkemuka Negara, Wak Doyok dan Fizo Omar“Saya juga ingin menggalakkan agar tuan-tuan dan puan-puan untuk mencapai satu standard yang tinggi dalam penghasilan produk dan kalau boleh sehingga mencapai tahap piawaian antarabangsa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis minum petang bersama pengusaha produk kecantikan dan kesihatan tempatan yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, Erni Dekritawati Yuliana BuhariHadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan beberapa selebriti terkemuka negara antaranya Nur Sajat, Wak Doyok dan Fizo Omar. – MYNEWSHUB.CC/AM
Loading...