KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini merakamkan ucapan takziah dan penghargaan kepada bekas ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Allan Harris yang meninggal dunia pada Khamis.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook FAM hari ini, berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu menghargai jasa mendiang Harris selama menjadi ketua jurulatih skuad negara dari 2000 hingga 2004.
Berita pemergian Harris, 74, diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dalam laman twitter dan web pasukan berkenaan, semalam.
Harris membuat penampilan dalam 100 perlawanan bersama Chelsea dan Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Inggeris sepanjang 1960-an dan 1970-an.
Harris dilantik sebagai jurulatih skuad negara pada Disember 2000, menggantikan Claude Leroy dari Perancis. – BERNAMA
Loading...