loading...

Elyana Terima Teguran Untuk Bertudung, Taubat

Baru-baru ini Elyana ada memberitahu tentang kanser limfoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu. Ramai yang bersedih selain terkejut dengan pengumumannya itu. Tapi ada juga yang tidak berapa nak sensitif mengenai derita orang apabila soal penyanyi itu tidak berhijab dipertikaikan.

Apa yang lebih tidak masuk di akal, ada sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan yang melalaikan. Pun begitu, seperti biasa Elyana tidak ambil pusing mengenainya tetapi mengambilnya sebagai doa.

BACA: Elyana Dedah Sakit Bukan Mahu Tagih Simpati

“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya”


“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...