loading...

Tampilkan Wanita Berbikini Dalam Klip Video, Ini Jawab Joe Flizzow

tampilkan model berbikini dalam klip video ini jawab joe flizzow

Kredit foto: Instagram Joe Flizzow

Menampilkan wanita berbikini dalam klip video single terbarunya, Drop, penyanyi Joe Flizzow sudah bersedia berhadapan kritikan.

Malah dia tidak kisah sekiranya klip video itu dianggap kebaratan kerana percaya setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

“Ya, saya sudah bersedia. Saya tidak kisah dikritik kerana setiap orang bebas untuk memperkatakan apa sahaja tentang sesuatu.

“Klip video Drop ini tidaklah ‘teruk’ sangat atau keterlaluan. Tapi apa-apa pun saya hormati setiap pendapat samada yang baik mahupun buruk.

“Lagipun kritikan bukan sesuatu yang luar biasa di zaman media sosial ini,” katanya yang dipetik daripada portal Astro Gempak.

Dalam pada itu, pihak Sony Music apabila diajukan pertanyaan yang sama, berkata, muzik video tersebut dihasilkan untuk pasaran antarabangsa, justeru masyarakat perlulah lebih bersikap terbuka.

“Jika ditonton muzik video tersebut tidaklah kebaratan sangat. Kami mengharapkan lagu ini dapat menembusi pasaran antarabanga, itu sahaja.

“Pandang dari sudut positif dan kami sangat mengharapkan Drop dapat diterima oleh semua pendengar di Malaysia dan luar negara,” katanya.

Selepas 9 tahun tidak muncul dengan sebarang karya bahasa Inggeris, lahirlah 'Drop' oleh Joe, terbitan Alif SleeQ dan diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia, Chris Athens.

Di bawah arahan Shimy Julaini, klip video berkenaan dirakamkan di Phuket, Thailand.

Joe, yang juga bertindak sebagai penerbit klip video itu memberitahu dia terpesona dengan pulau peranginan tersebut selepas menginap di resort milik kawannya di sana.

Sumber berita: Astro Gempak
Previous
Next Post »
loading...