Mungkin kebanyakan lelaki pernah mengalami era ketidakstabilan emosi ketika mula meningkat remaja. Dalam usia belasan tahun tatkala tubuh masih baru menyesuaikan diri dengan hormon testosterone, segalanya menjadi serba tidak kena.
Perasaan ingin mencuba meningkat, bersifat memberontak dan macam-macam lagi. Kalau tidak terkawal kadang-kadang boleh membawa mudarat kepada diri sendiri atau orang lain.
Begitulah yang terjadi kepada Clive Sydney Hart, remaja berusia 15 tahun kacukan kulit putih dan orang asli Australia ini.
Keluarganya terkejut apabila gambarnya diedarkan oleh polis untuk meminta bantuan orang ramai mengesannya yang didakwa terlibat dalam jenayah.
Menurut Detektif Kanan, Konstabel Rulan Carr dari Perth, Australia, mereka mahu menyoalsiasat Hart kerana terlibat dalam mencedera dan memperkosa seorang wanita warga tua berumur 84 tahun.
Polis memberikan gambaran fizikal Hart berketinggian kira-kira 4 kaki 9 inci, bertubuh kurus, kulit, rambut dan mata berwarna coklat.
Berdasarkan gambar dan ciri fizikal yang diberikan, polis tidak mengambil masa yang lama untuk memberkasnya hasil maklumat dari orang awam.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian iaitu sekitar pukul 5.15 pagi, Hart menceroboh rumah mangsa yang ketika itu sedang nyenyak tertidur. Melihat mangsa yang sedang lena, Hart tidak melepaskan peluang memperkosanya.
Menurut laporan polis, mangsa 84 tahun mengalami cedera teruk dan trauma akibat diserang dan diperkosa oleh Hart. Mangsa telah dirawat di Hospital Fiona Stanley dan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.
Polis telah mengumpul bukti di tempat kejadian termasuk DNA Hart.
Sementara itu Hart menghadapi tujuh pertuduhan antaranya melakukan seks tanpa kerelaan, mencedera dan mencuri.
Darah muda! Semua mahu dicuba. Tidak dapat gading bertuah, dapat tanduk kerbau yang dah expired pun jadilah!