Sejak dulu, eksploitasi kecantikan wanita dalam perniagaan memberi impak positif terhadap keuntungan syarikat.
Di Taiwan, sebuah klinik pergigian mengeksploitasi kecantikan seorang pekerja wanitanya sebagai tarikan kepada pelanggan untuk menggunakan khidmat pergigian mereka.
Ningxuan Chen bukan saja bertugas sebagai pembantu pergigian di klinik tersebut, malah dia juga menjadi ‘model gigi’ untuk menarik pelanggan. Kebetulan Chen bukan saja memiliki tubuh badan dan rupa paras yang cantik, giginya juga putih bersih.
Setakat ini akaun Instagramnya memiliki 27,000 pengikut yang kebanyakannya adalah lelaki. Menyedari kecantikan yang dimilikinya, dia sering saja memuatnaik gambar-gambar seksi dalam Instagram.
Selepas gambar-gambar di Instagramnya viral, jumlah pelanggan di klinik pergigiannya telah bertambah. Ramai lelaki hidung belang berduyun-duyun mendatangi klinik tempatnya bekerja untuk membuat pemeriksaan gigi!
Kalau dulu, para jantan hidung belang ini takut atau tidak kisah dengan penjagaan gigi, kini tiba-tiba saja menjadi prihatin untuk membuat pemeriksaan gigi di klinik tersebut, dengan harapan boleh berjumpa dengan Chen.
Sambil menyelam minum air, sambil periksa gigi, boleh cuba nasib dengan si cantik manis. Biasalah… lelaki memang makhluk Tuhan yang menghargai dan prihatin terhadap kecantikan wanita. 😀