Pelakon Datin Seri Zizie Izette akui bimbang apabila mendapat tahu dia hamil lagi selepas baru melahirkan anak kembarnnya melalui proses pembedahan penghujung tahun lalu.
Zizie Izette berkata dia sentiasa mahukan anak lagi tetapi tidak pernah menyangka ia terlalu awal.
“Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangka pun ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas saya bersalin secara pembedahan.
“Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali,”katanya.
Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Kelmarin, isteri kepada Datuk Seri Bung Mokhtar itu mengumumkan dia sedang hamil tiga bulan selepas baru sahaja melahirkan anak kembarnya pada 30 Disember tahun lalu.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga terdahulu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette setahun.
Peminat Tumpang Gembira
Sebenarnya ramai peminat Zizie yang tumpang gembira dengan berita kehamilan kali kedua ini. Masing-masing positif dan menganggap ia adalah rezeki dari Allah.
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mengandungkan anak dengan jarak yang rapat dan turut bersalin secara pembedahan.
“Mungkin orang tengok macam tak fikirkan kesihatan tapi sebenarnya perancangan Allah mengatasi segala-galanya, jawab salah seorang peminat apabila Zizie meluahkan kebimbangannya untuk kehamilan kali ini.
Sumber: Zizie Izette