loading...

Bayi Menangis Sampai Hilang Suara Tak Semestinya Nak Susu. Isyarat Ini Perlu Tahu Dulu

Dalam ilmu penyusuan susu ibu, kita pasti akan diajar tentang signal lapar bayi: signal awal, signal aktif dan signal lambat. Menangis adalah signal lambat. Jadi kerana itu ibu dinasihatkan menyusukan bayi ketika signal awalnya.

Dalam bidang tangisan bayi, kita akan bertanya kembali, ‘ Jadi, apa masalahnya? ‘
Saya pasti jawapan yang akan diterima, ‘anak sukar melekap (latch) untuk disusukan dan mengamuk’. Kita akan menjawab kembali, ‘Tiada masalah kalau ibu tahu cara tepat tenteramkan bayi ‘

Ya benar, tangisan bayi mencemaskan. Tapi ibu jangan sampai terlupa bahawa tangisan adalah satu-satunya medium komunikasi bayi. Maka bertenanglah. Cari jalan nak faham ‘anak cakap apa’ (ilmu tangisan bayi lah tu..) jadi mudahlah ibu nak merespon.

Paling penting, ibu harus tahu bayi ada 3 kategori berdasarkan kriteria tangisan. Bayi dari kategori ‘high need’ menyalurkan mesej ‘urgent’ dalam semua kehendaknya. Ia bermaksud jika mereka sedang elok tidur, nanti bila terjaga mereka terus mengamuk lapar tanpa sebarang atau sangat sikit amaran awal. Itu contoh biasa. Ia menyebabkan bagaimana pun ibu cuba berjaga-jaga sebelum bayi ‘naik darah’, sering saja gagal kerana..nama pun bayi ‘high need’!.

Baik, ada 5 elemen paling mententeramkan bayi. Percaya atau tak, hisapan adalah yang paling akhir. Itulah sebabnya bayi yang mengamuk kelaparan pun perlu ditenangkan dengan cara lain dulu dan bukan disua-sua terus dengan susu. Kadangkala hingga basah-basah muka bayi dengan susu tapi bayi tetap tak nak berkerjasama untuk melekap di payudara seolah-olah ibu nak memberi racun pula gayanya.

Tak percaya lagi? Baik. Ada ramai bayi yang bila marah, boleh tenang atau terdiam bila di bedung dengan betul atau di angkat/di dakap. Ini kerana bedung dan memegang bayi pada posisi yang betul menduduki tangga pertama dan kedua dalam carta elemen paling mententeramkan. Terdiam atau tenang sekejap inilah masanya yang boleh digunakan untuk menawar susu kerana bayi boleh fokus.

Lagi? Berapa ramai pula bayi yang boleh terdiam bila diperdengarkan bunyi terutama yang cukup kuat menyamai atau mengatasi jeritan tangisannya? Lebih-lebih lagi bila ditambah pula dengan dodoian,hayunan atau henjutan?. Nah, sekali lagi bila mereka terdiam atau mampu tenang walau sekejap ketika ini, barulah di tawarkan susu.

Bunyi macam mudah?..er ” tapi kenapa saya buat tak jadi? “. Mungkin itu yang anda fikir sekarang.

Baik, jika bayi anda jenis terlalu ‘cerewet’ atau sedang terlalu marah, dia perlu kesemua 4 elemen yang saya sebut di atas tadi SEBELUM boleh dia menerima elemen ke 5 iaitu hisapan, JIKA DIA LAPAR.

ANAK MENGAMUK LAMBAT DISUSUKAN? JADI, APA MASALAHNYA?Dalam ilmu penyusuan susu ibu, kita pasti akan diajar tentang signal lapar bayi: signal awal, signal aktif dan signal lambat. Menangis adalah signal lambat. Jadi kerana itu ibu dinasihatkan menyusukan bayi ketika signal awalnya.Dalam bidang tangisan bayi, kita akan bertanya kembali, ' Jadi, apa masalahnya? 'Saya pasti jawapan yang akan diterima, ' anak sukar melekap (latch) untuk disusukan dan mengamuk 'Kita akan menjawab kembali, ' Tiada masalah kalau ibu tahu cara tepat tenteramkan bayi 'Ya benar, tangisan bayi mencemaskan. Tapi ibu jangan sampai terlupa bahawa tangisan adalah satu -satunya medium komunikasi bayi. Maka bertenanglah. Cari jalan nak faham 'anak cakap apa' (ilmu tangisan bayi lah tu..) jadi mudahlah ibu nak merespon.Paling penting, ibu harus tahu bayi ada 3 kategori berdasarkan kriteria tangisan. Bayi dari kategori 'high need' menyalurkan mesej 'urgent' dalam semua kehendaknya. Ia bermaksud jika mereka sedang elok tidur, nanti bila terjaga mereka terus mengamuk lapar tanpa sebarang atau sangat sikit amaran awal. Itu contoh biasa. Ia menyebabkan bagaimana pun ibu cuba berjaga-jaga sebelum bayi 'naik darah', sering saja gagal kerana..nama pun bayi 'high need'!.Baik, ada 5 elemen paling mententeramkan bayi. Percaya atau tak, hisapan adalah yang paling akhir. Itulah sebabnya bayi yang mengamuk kelaparan pun perlu ditenangkan dengan cara lain dulu dan bukan disua-sua terus dengan susu. Kadangkala hingga basah-basah muka bayi dengan susu tapi bayi tetap tak nak berkerjasama untuk melekap dipayudara seolah-olah ibu nak memberi racun pula gayanya.Tak percaya lagi? Baik. Ada ramai bayi yang bila marah, boleh tenang atau terdiam bila di bedung dengan betul atau di angkat/di dakap. Ini kerana bedung dan memegang bayi pada posisi yang betul menduduki tangga pertama dan kedua dalam carta elemen paling mententeramkan. Terdiam atau tenang sekejap inilah masanya yang boleh digunakan untuk menawar susu kerana bayi boleh fokus.Lagi? Berapa ramai pula bayi yang boleh terdiam bila diperdengarkan bunyi terutama yang cukup kuat menyamai atau mengatasi jeritan tangisannya? Lebih-lebih lagi bila ditambah pula dengan dodoian,hayunan atau henjutan?. Nah, sekali lagi bila mereka terdiam atau mampu tenang walau sekejap ketika ini, barulah di tawarkan susu.Bunyi macam mudah?..er " tapi kenapa saya buat tak jadi? ". Mungkin itu yang anda fikir sekarang.Baik, jika bayi anda jenis terlalu 'cerewet' atau sedang terlalu marah, dia perlu kesemua 4 elemen yang saya sebut di atas tadi SEBELUM boleh dia menerima elemen ke 5 iaitu hisapan, JIKA DIA LAPAR.Video ini demonstrasi oleh saya. Anda lihat, akhir sekali barulah saya tawarkan elemen hisapan (payudara, botol susu, jari bersih atau puting tiruan).- Jika bayi anda tidak lapar dan telah kenal puting tiruan, dia akan cukup gembira dengan putingnya.- Jika bayi anda tidak lapar dan tak biasa dengan puting, dia akan sudah cukup gembira dengan 4 elemen lain.- Jika bayi anda lapar, anda akan lihat dia kini lebih dari sedia untuk makan dan tak lagi marah-marah seperti tadi.Nampak macam mudah tapi tak begitu mudah. Tapi tak bermaksud ia susah untuk dipelajari. Buat yang berpeluang hadiri mana-mana kelas terdekat Sabtu ini di Shah Alam, ini peluang terhampir anda mendapatkan ilmu ini!

Posted by Baby Language on Monday, 18 September 2017

Video ini demonstrasi oleh saya. Anda lihat, akhir sekali barulah saya tawarkan elemen hisapan (payudara, botol susu, jari bersih atau puting tiruan).
– Jika bayi anda tidak lapar dan telah kenal puting tiruan, dia akan cukup gembira dengan putingnya.
– Jika bayi anda tidak lapar dan tak biasa dengan puting, dia akan sudah cukup gembira dengan 4 elemen lain.
– Jika bayi anda lapar, anda akan lihat dia kini lebih dari sedia untuk makan dan tak lagi marah-marah seperti tadi.

Sumber: Puan Uswatun Hasanah  (baby language)

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...