Ayu Abas, isteri kepada Tomok dan ibu kepada dua anak mereka yang comel, Arrian & Andra telah berkongsi mengenai cara untuk menarik perhatian anak untuk belajar.
Bercakap tentang peribahasa melentur buluh biar dari rebung, Ayu atau dipanggil Dibu oleh anak-anaknya mengaitkan peribahasa itu dengan mendidik anak. Katanya anak-anak perlu dididik seawal dari dalam kandungan. Seorang ibu memainkan peranan penting dan mempengaruhi anak kerana ibu adalah insan yang lpaling dekat dengan anak. Berikut ialah kapsyen Instagram Ayu;
“Melentur buluh biar dari rebung”…malam ni dibu nak kupas maksud peribahasa ni…
Memang betul kalau kita nak lentur buluh kene melalui rebung sbb apa?? Sbb rebung tu lembut boleh di lentur2 dan tak mudah patah…kalau dah jadi buluh tak bley lentur terus tetak je dengan parang buat lemang..so kalau kita nak didik anak2 ni biarlah dari seawal dalam perut…ibu memainkan peranan penting sbb kita paling dekat dengan mereka….
FOKUS KANAK-KANAK MENGIKUT TAHAP UMUR
Kalau 1-3 tahun tu daya fokus mmg susah la…tapi takpa we can teach sambil main2…
4-6 tahun dah semakin senang untuk fokus TAPI terlebih main2 pulak…so kenela sabar…
6 tahun keatas kene ajar lebih fokus and smart so that they can play & study at the same time…
SUKA SMART WORK DARIPADA HARD WORK
Dibu lebih suka kepada SMART work rather then HARD work…why?? Sbb bila kita smart kita akan dapat apa yang kita nak and at the same time kita tak akan cepat bosan dan penat…kalau hard work tu yang jadi penat..stress…cepat putus asa…
So my question for today….what is choice SMART WORK or HARD WORK??? 😉
Para follower yang terdiri daripada ibu-ibu turut berkongsi tentang perkembangan anak mereka di ruangan komen.
FOKUS KETIKA MEMBUAT HOMEWORK
DIBU SEBAGAI IDOLA
Sumber: ayu_abas
ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Anak Tomok, Arrian & Andra Cerdik, Rupanya Ini Yang Ibu Mereka Buat Dari Kecil