Kes anak hilang, anak diculik adalah kes yang sentiasa berlaku dikalangan kita. Sebagai mama papa kita kena sentiasa ambil tahu perihal anak-anak kita. Jangan ambil remeh semua perkara.
Ada beberapa perkara yang kita nampak macam remeh tetapi sebenarnya mendedahkan anak-anak kita dengan kes semacam ini. Salahnya daripada kita sendiri yang leka dan biarkan anak kita tanpa risaukan mereka.
Antara kesalahan yang mama papa selalu buat tapi mereka tak perasan, 13 perkara ni kena jaga.
1. Lambat Ambil Anak
Adakalanya ibu atau bapa selalu terlambat mengambil anak daripada sekolah sehingga anak-anak menunggu lama di pintu pagar sekolah. Hal ini sama sekali tidak patut berlaku.
2. Tak Peduli Anak
Melebihkan kerja daripada anak-anak sendiri. Sanggup membiarkan anak menunggu lama di sekolah gara-gara menyiapkan kerja terlebih dahulu.
3. Tidak Kenal Rakan
Ibubapa tidak pernah mengenal rakan-rakan anak mereka atau dengan siapa anak mereka berkawan. Bukankah lebih baik mereka ambil tahu akan siapa ibu bapanya dan butiran keluarga jika perlu.
4. Tak Kenal Pemandu Van
Pemandu van sekolah anak-anak adalah perkara penting untuk anda ketahui siapa dan di mana pejabatnya. Mungkin sekurang-kurangnya perlu mengenal keluarganya. Itu perlu!
5. Biar Anak Bebas Berkawan
Bukan tidak boleh membiarkan anak berkawan bebas, namun ambil tahu dengan siapa anak anda berkawan. Kenali siapa dia dan keluarganya.
6. Pantau Anak
Pantaulah setiap pergerakan anak. Jika di sekolah, kelas tambahan atau sebagainya, berusahalah menelefonnya untuk mengetahui akan perkembangannya. Siapa tahu kelas tambahannya dibatalkan pada hari tersebut dan dia masih tidak pulang.
7. Fokus Gajet
Ada ibubapa terlalu fokus pada gajet ketika menemani anak bermain. Ini salah sama sekali. Cubalah ambil masa anda bersamanya dan pantau setiap pergerakannya.
8. Harapkan Abang & Kakak
Membiarkan anak kecil anda keluar bermain dengan kakak dan abangnya adalah alasan yang tidak lagi wajar kini. Seorang abang dan kakak yang hampir sebaya usia dengan adiknya tidak mampu berbuat apa-apa jika dilarikan oleh orang asing. Fikirkan.
9. Harapkan Sekolah & Guru
Baik ibubapa dan masyarakat, mereka meletakkan tanggungjawab pada guru dan pihak sekolah seratus peratus. Ini salah dan tidak patut berlaku.
10. Kurang Bergaul
Kurang bergaul dengan masyarakat terutama jiran adalah satu kesalahan. Cubalah untuk bertegur sapa dan mengenal siapa orang disekeliling anda. Mana tahu ada masanya merekalah orang yang paling layak membantu kita.
11. Lepaskan Anak Main
Jangan lepaskan anak bermain sendirian. Apabila anak meminta untuk bermain, temanilah dia atau jika anda tidak mampu menemaninya, minta sahaja dia bermain di rumah.
12. Tak Beri Cukup Informasi
Ada ibubapa tidak langsung pernah mengingatkan anak-anak mereka akan bahayanya kes penculikan. Memberi informasi yang sepatutnya kepada anak-anak adalah sangat perlu!
13. Jaga Pakaian Anak
Jagalah pakaian dan aurat anak. Sekalipun dia berusia 2 tahun, jagalah anak kecil anda daripada disaksikan oleh orang lain yang tidak tahu akan hala tujunya.