loading...

Rosmah Beri Keterangan Lebih 13 Jam

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hampir 13 jam memberi keterangan.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu meninggalkan meninggalkan Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.40 malam sebentar tadi.

Beliau difahamkan memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes pengubahan wang haram.

Menurut sumber, Rosmah mendesak sesi ambil keterangan itu diselesaikan malam ini juga dan tidak mahu menyambungnya esok seperti dicadangkan pihak SPRM.

Bagaimanapun perkara itu tidak dapat disahkan.

Rosmah berada di SPRM dengan ditemani dua peguamnya, Dratuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.

Difahamkan, Rosmah, 67, dipanggil ke SPRM hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau diarahkan berbuat demikian menerusi notis perintah hadir yang diserahkan oleh pegawai SPRM kepadanya, semalam.

Ini kali kedua beliau dipanggil memberi keterangan kepada SPRM dengan kali pertama pada 5 Jun, yang mana beliau disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan ke atas syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Previous
Next Post »
loading...