
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) memandang serius penularan berita kononnya penyanyi, Saleem, 56, meninggal dunia, sejak awal pagi ini.
SENIMAN mengesahkan penyanyi yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim itu masih dirawat dan dipantau rapi doktor dan jururawat di Hospital Kajang. Keadaanya dilaporkan stabil sehingga sekarang.
Setiausaha Agung SENIMAN, Hafiz Nafiah berkata, persatuan mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang hanya mahu mengelirukan masyarakat dan tidak memikirkan perasaan keluarga Saleem.
“Kami mohon
“SENIMAN menadah tangan memohon kepada Allah supaya penyanyi Suci Dalam Debu itu segera sembuh seperti sedia kala,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Malam tadi, BH Online melaporkan Saleem kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Mahkota Cheras, di sini, kelmarin.
Motosikal yang dinaiki penyanyi Suci Dalam Debu itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang menyebabkan dirinya tercampak.
Isterinya, Juriah Bachok, berkata keadaan Saleem parah, malah hanya sedar sebanyak dua kali, semalam. – BH

Pelan Re:nissan - Rancangan Untuk Bangkit Semula, ...

Dulu Model Terkenal, Kini Jual Avon. Adrianne Curr ...

Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton ...

Saya Hidap Skoliosis, Lutut Pun Macam Orang Tua ...