
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau berpotensi menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berdasarkan rekod prestasi cemerlangnya dalam mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran.
Anwar berkata, PAS mempunyai hak untuk meletakkan mana-mana calon yang difikirkan sesuai untuk bertanding bagi PRK Port Dickson.
Bagaimanapun, katanya rekod
“Ketika Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kem Sungai Besi diswastakan kepada Jho Low dan geng, saya membantah di Parlimen malah menegaskan dan mempertahankan hak veteran untuk dilindungi.
“Rekod itu sangat jelas dan saya percaya pengundi boleh mengaksesnya. Saya juga akan turun padang untuk berjumpa dan menawarkan perkhidmatan saya kepada pengundi,” katanya kepada media sebaik selesai prosiding saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, 57, diumumkan sebagai calon PAS.
Mohd Nazari yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkhidmat selama 28 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pernah menjadi Pengarah Perkhidmatan TUDM serta Pegawai Pemerintah Markas Operasi TUDM, Kuala Lumpur.
PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi dan penamaan calon esok.

Anggaran Rm91.2 Juta.. Kim Soohyun Dilapor Ela ...

As Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas Malaysia & Neg ...

Proton Pertimbang Model Ev Baharu Susulan Sambutan ...

As Kutip Berbilion Dolar Melalui Tarif, Tapi Seben ...