KUALA LUMPUR – Dakwaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun tentang konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan rekaan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, perkara itu disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pengkhianatan terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri.
“Mengikut logik akal, jika tiada perancangan sulit, masakan ada pengkhianatan dalam kalangan mereka ?
“Harap orang muda boleh menilai perkara ini kerana ia menggambarkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan adalah satu tindakan berasas,” katanya memetik laporan Utusan.
Ahad lalu, Tun Mahathir mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati pihak yang tidak dinamakan identitinya.
Tun Mahathir berkata demikian selepas ditanya media mengenai konspirasi tersebut dan kesal perancangan itu tidak menjadi kenyataan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW