loading...

Netizen Marah Wanita Islam Tidak Dilayan Di Restoran Perancis

PARIS – Netizen di seluruh dunia berang selepas sebuah video web yang viral menunjukkan seorang pemilik restoran menggelar semua orang Islam sebagai pengganas.

 

Dalam video itu, seorang lelaki dipercayai pengusaha restoran berkenaan dilihat mengarahkan dua wanita Islam Perancis meninggalkan restoran itu, sambil memanggil semua orang Islam pengganas.

 

“Pengganas adalah orang Islam, dan semua orang Islam adalah pengganas. Ayat ini menjelaskan semuanya, fikirkanlah,” kata lelaki dalam video yang disebarkan semalam itu.

 

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada malam sebelumnya di restoran Le Cenacle di Tremblay-en-France, kawasan di pinggir ibu kota Paris.

 

“Saya tidak mahu orang seperti kamu di sini, kamu hanya ingin menunjuk-nunjuk di sini, keluar.” Seorang daripada wanita itu yang memakai tudung, berkata mereka akan meninggalkan restoran itu.

 

Satu laporan di Perancis berkata lelaki itu meminta maaf semalam kepada sekumpulan anak-anak muda dan anggota masyarakat Islam setempat yang berkumpul di luar Le Cenacle untuk mendapatkan penjelasan beliau.

 

Pengusaha restoran itu dilaporkan berkata salah seorang rakannya terbunuh dalam serangan di dewan konsert Bataclan pada November 2015.

 

Menteri keluarga, kanak-kanak dan hak-hak wanita Perancis, Laurence Rossignol berkata dalam mesej di Twitter, beliau sudah mengarahkan siasatan dan menggesa pengusaha restoran berkenaan menghentikan sikapnya yang tidak boleh diterima itu.

 

Rakaman kejadian di restoran itu dikongsi secara meluas di media sosial, sehingga mencetus pelbagai reaksi kebimbangan yang meningkatkan Islamofobia di negara ini. – Agensi

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...