PUTRAJAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Wilayah Persekutuan Putrajaya dan polis masih menyiasat punca sebenar kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2), Azim Hakimi Abu Shuja, 15, yang jatuh dari bangunan sekolah itu, pagi tadi.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata berdasarkan laporan awal yang diterima beliau, pelajar Tingkatan Tiga itu tergelincir dan jatuh dari tingkat tiga bangunan ketika cuba mengambil beg.
“Kita perlu tunggu laporan penuh siasatan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kita tidak boleh buat andaian,” katanya yang pada
Pada kira-kira jam 9.40 pagi tadi, Azim Hakimi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas cuba mengambil beg sekolah rakannya yang dibuang.
Mahdzir berkata, mangsa adalah anak kepada pegawai di Kementerian Pendidikan dan beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Master Binary, Sejahtera Invest, Bold Prime Antara ...

Final Sri Pahang-jdt Dinanti-nantikan ...

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran -1 ...

Dah Set Dah Berapa.. Fattah Amin Sediakan Du ...