loading...

Nabila Anggap Gosip Rumah Tangga Retak, Mengarut

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nabila Huda, 32, menyifatkan laporan di ruangan pojok sebuah akhbar kononnya perkahwinannya dilanda badai sebagai gosip mengarut dan tidak masuk akal.

 

Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi bagaimanapun berkata, dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar, 32, tidak ambil pusing dengan laporan berkenaan.

 

“Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? “Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan,” katanya ringkas ketika dihubungi BH Online petang tadi.

 

Semalam, sebuah akhbar mingguan tempatan menerusi ruangan pojoknya melaporkan rumah tangga aktres itu dikatakan sedang berantakan.

 

Sementara itu, berdasarkan laman sosial milik bintang Munafik berkenaan, foto mahupun kapsyen dimuat naik langsung tidak menunjukkan tanda-tanda perkahwinannya dilanda masalah.

 

Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu. Pelakon itu mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila, 6, hasil perkahwinannya yang terdahulu.-BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...