KUANTAN – Polis telah mengenal pasti identiti tiga gadis yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta di jalan ke Genting Highlands yang viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong ASP S. Somo berkata identiti pemilik kereta juga telah diperoleh dan pihaknya dijangka menghantar kertas siasatan ke pejabat pendakwa raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.
“Pemilik kereta bagaimanapun tidak menggunakan kereta itu pada hari berkenaan. Tetapi semua yang
Somo berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.
Kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 kerana penumpang berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar.-Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Koda Hidupkan Semula Motosikal Ikonik Slavia B Un ...

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Se ...

#mas2025: Mg S5 Ev Kini Dilancar Untuk Pasaran Mal ...

Teh Pucuk Harum - Pilihan Teh Botol Menyegarkan Ke ...