KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang bermula pukul 7 pagi tadi menambah baik kualiti udara di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang mencatatkan sedikit penurunan setakat jam 10 pagi.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Nilai merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 115 berbanding 123 pada jam 6 pagi tadi, manakala Shah Alam dan Putrajaya mencatatkan penurunan kepada 104 dan 101.
Kualiti udara di Banting meningkat daripada bacaan tidak sihat
Batu Muda dan Cheras mencatatkan bacaan IPU 96 dan 93 manakala Seremban dan Port Dickson merekodkan bacaan IPU 60 dan 59.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, bahaya. – BERNAMA
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Bapa Lemas Cuba Selamatkan Anak Jatuh Dalam Sungai ...

Insentif Rebat Rahmah: Inisiatif Kerajaan Dihargai ...

Prasarana Terima Peruntukan Rm1.9b Untuk Beli 1,66 ...

Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Meninggal Dunia ...