SINGAPURA – Seorang wanita hamil adalah antara 24 kes baharu Zika yang dikesan di bandar raya ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes, kata Kementerian Kesihatan, hari ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan mendedahkan sembilan daripada kes yang dikesan adalah kes berulang. Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong, berkata pihaknya dari semasa ke semasa menjangkakan kes Zika berada di semua kawasan.
“Kami berusaha dan merancang dengan beranggapan terdapat virus Zika di kawasan lain di Singapura dan meluaskan usaha kawalan vektor di luar kawasan yang sudah dijangkiti,” katanya.
Agensi
Beberapa negara sudah memberi amaran kepada wanita hamil atau mereka yang merancang untuk hamil agar mengelak lawatan ke Singapura.
Singapura melaporkan kes dalaman pertama Zika lewat Sabtu lalu dan bilangan mereka yang dijangkiti meningkat dalam minggu ini.
Kebanyakan kes awal membabitkan ratusan ribu pekerja asing, dari beberapa negara di Asia, yang bekerja di tapak pembinaan dan dalam sektor marin. – Reuters
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Intan Suraya Siapkan Keperluan Aidilfitri Ahli Kel ...

Aktres Hong Kong Cari Calon Suami Malaysia ...

Saya Lebih Selesa Cium Perempuan.. Hyeri Buat ...

Projek Ceti: Memahami Bahasa Paus Sperma Dengan Te ...