loading...

Mustahil Berlaku Kemenangan Paralimpik 2016, Itu Video Lama Kata KJ

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata, apa yang dikongsi warga media sosial adalah cerita yang berlaku pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2015, dan bukannya Sukan Paralimpik.

 

Beliau berkata demikian, susulan penyebaran gambar dan video atlet paralimpik negara, Mohamad Rizuan Mohamad Puzi memenangi pingat emas di sebuah acara sukan di Doha.

 

Menerusi status di akaun Facebook, Khairy memaklumkan, Sukan Paralimpik Rio hanya akan bermula 7 September depan.

 

“Mustahil berlaku apa-apa kemenangan Paralimpik 2016 sebab temasya tersebut belum bermula lagi,” tulisnya.

 

Khairy turut memaklumkan Rizuan telah menerima ganjaran dan sambutan yang sama meriah seperti atlet normal yang lain, malah turut menerima pengiktirafan di Anugerah Sukan Negara.

 

Malah kejayaan Rizuan mengharumkan nama negara mengangkatnya sebagai Anak Muda Terbilang di Perhimpunan Pemuda UMNO.

 

Tambahnya, ramai beranggapan atlet para tidak diberi perhatian, namun ia berlaku sebaliknya.

 

Katanya, satu dasar yang digubal pada tahun 2013 mempunyai klausa agar golongan atlet ini diberi imbuhan yang sama seperti atlet normal.

 

“Jangan anggap kami tidak prihatin. Saya menyokong atlet para semenjak hari pertama saya memegang jawatan sebagai Menteri, dan saya akan terus menyokong mereka,” kata KJ.

 

Sejak berakhirnya Sukan Olimpik dua minggu lalu, video kemenangan Rizuan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan dakwaan kononnya kejayaan atlet para ‘tidak dipandang’ oleh kerajaan dan media.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...