MEDAN – Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam seorang paderi dengan niat untuk meletupkan bahan letupan di sebuah gereja, dekat sini, hari ini, kata polis.
Ia adalah serangan terbaharu terhadap agama minoriti di negara yang majoritinya penduduk Islam.
Ketua Penyiasat tempatan, Nur Fallah berkata, Paderi Albert Pandiangan sedang menyampaikan ceramah apabila seorang lelaki menghampirinya dan menikam lengan kirinya.
“Penyerang itu membawa bersama bahan letupan buatan sendiri.
“Seseorang cuba membunuh paderi dengan menyamar menghadiri upacara keagamaan dan pada masa sama cuba meletupkan sesuatu, ia seperti mercun tetapi ia tidak meletup, ia hanya berasap,” kata Fallah kepada wartawan.
Paderi terbabit cedera dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW