loading...

Kanak-Kanak 2 Tahun Mati, Didera Saudara Sendiri

DUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di Kampung Tebing Tembah, Bandar Paka, di sini pada Selasa.

 

 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Ahmad Zailani Yaakub berkata mangsa, Nudzirah Nur Safiah Sabarudin, anak bongsu daripada lapan adik beradik tinggal bersama kakak dan abang iparnya sejak Julai lalu kerana ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur.

 

 

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka jam 3 petang oleh pasangan berkenaan selepas dikatakan tidak sedarkan diri.

 

 

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah hari.

 

 

Menurut Ahmad Zailani, pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam di bahagian badan dan kakinya selain bahagian kepala mangsa turut mengalami kecederaan parah.

 

 

“Tangkapan sudah dibuat untuk siasatan lanjut dan bedah siasat telah dilakukan oleh pihak pakar daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan kami menunggu hasil keputusan bedah siasat itu.

 

 

Kedua-dua suspek juga sudah ditahan dan direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini.

 

 

Beliau berkata itu kakak dan abang ipar mangsa masing-masing berusia 26 tahun itu telah ditahan di Unit Forensik hospital terbabit pada hari yang sama.

 

 

Menurut Ahmad Zailani, abang ipar mangsa bekerja sebagai pegawai keselamatan manakala kakaknya surirumah.

 

 

Sementara itu, bapa saudara mangsa Khairi Mat Arif kecewa dan tidak menyangka kejadian itu berlaku di kalangan ahli keluarganya sendiri

 

 

“Anak yang berusia dua tahun sepatutnya disayangi dan bukan didera. Kejadian ini dilihat satu perkara yang dapat diilihat di dalam media massa mengenai kes penderaan tetapi hari ini baharu saya dapat merasai bagaimana peritnya melihat saudara kita sendiri didera.

 

 

“Mangsa hanya berusia dua tahun dan amat mendukacitakan dan perkara ini sepatutnya dapat dihalang”, ketika ditemui selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Mukim Kuala Paka, Kampung Limbong di sini.

 

 

Jenazah kanak-kanak perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Mukim Kuala Paka, Kampung Limbong sekitar jam 8.30 malam tadi.-Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...