loading...

Sudah 20 tahun, Setiap Hari Saya Masih Rindukan Ibu – Putera William

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera William, mengaku merindui ibunya ‘setiap hari’ walaupun sudah mencecah 20 tahun sejak Puteri Diana meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Paris pada 31 Ogos 1997.

 

Beliau meluahkan kesedihannya awal minggu ini dalam lawatan ke sebuah hospital di Bedfordshire, timur England, ketika menenangkan remaja lelaki 14 tahun yang kematian ibu tahun lalu akibat barah.

 

“Saya faham perasaan awak. Saya masih merindui ibu saya setiap hari dan sudah 20 tahun selepas dia meninggal dunia.

 

“Apa yang penting adalah bercakap mengenai perkara itu sebagai satu keluarga.

 

Tidak mengapa untuk bersedih, tidak mengapa awak merindui ibu awak,” kata putera berusia 34 tahun itu. Dalam lawatan ke Hospital Keech di Luton, Duke of Cambridge itu diiringi isterinya, Kate Middleton.

 

Kate, yang memakai gelaran Duchess of Cambridge juga memeluk seorang kanak-kanak enam tahun yang kematian abang dua tahun lalu, sambil berkata:

 

“Saya suka memeluk.” Pasangan diraja itu kemudian melawat badan kebajikan kesihatan mental belia, Young Minds, di London, dan memberitahu sukarelawan, emosinya terusik.

 

“Saya membawa banyak beban ketika ini. Saya akan menangis pada akhirnya.

 

“Saya berhadapan banyak keluarga yang dirundung kesedihan dalam ambulans udara, jadi saya tidak boleh ada banyak barang. Jika boleh, sesuatu pada paras lebih rendah,” katanya merujuk kepada tugas separuh masa sebagai juruterbang helikopter dengan Ambulans Udara East Anglian (EAAA) sejak Julai 2015.

 

Sebelum itu, William berkhidmat dengan unit mencari dan menyelamat Tentera Udara Diraja. Sejak beberapa bulan ini, pasangan itu memberi tumpuan kerja awam mereka kepada mempromosikan kesihatan emosi dan psikologi kanak-kanak dan remaja.

 

Young Minds adalah anggota kumpulan kebajikan induk, Heads Together, yang dilancarkan William dan Kate, dengan adiknya, Putera Harry, untuk menangani isu kesihatan mental. – AGENSI

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...