loading...

‘Jangan salah guna nama Melayu’

SHAH ALAM – Mana-mana parti politik di negara ini, diingatkan supaya tidak menggunakan nama Melayu untuk menghalalkan perkara yang tidak betul.

 

Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, selalu berlaku di negara ini, apabila sesuatu perkara salah dilakukan, maka nama Melayu dimainkan untuk menutup kesalahan itu.

 

“Jangan sesekali kita gunakan perkara ini, jangan rosakan nama Melayu,” katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’, di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

 

Selain Syed Saddiq, barisan ahli panel lain ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir ( Amanah) dan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

 

Wacana dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.

 

Dalam pada itu, ujar Syed Saddiq, beliau percaya Melayu mempunyai masa hadapan yang cerah di negara ini.

 

“Saya percaya orang Melayu mampu berdiri sendiri, tanpa perlu bantuan mana-mana parti, orang Melayu boleh berdikari,” katanya lagi.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...