ISLAMABAD – Dua beradik perempuan dari Pakistan yang bekerja untuk syarikat penerbangan negara itu, PIA melakar sejarah dengan menjadi pasangan pertama seumpamanya menerbangkan pesawat Boeing 777 bersama, kata PIA hari ini.
Jurucakap Pakistan International Airlines (PIA), Danyal Gilani, berkata Maryam Masood dan Erum Masood sebelum ini menerbangkan pesawat berbeza namun akhirnya berada dalam penerbangan sama.
Kedua-dua adik beradik itu kini bersama-sama menerbangkan pesawat dari Lahore ke Karachi, Manchester, New York dan London.
“Pasangan adik beradik juruterbang melakar sejarah untuk PIA kerana menerbangkan pesawat Boeing 777,” kata Gilani dalam tweet.
Katanya, setakat ini tiada
Erum baru-baru ini dinaik taraf untuk layak menerbangkan pesawat Boeing 777, sekali gus dapat bersama kakaknya dalam kokpit.
Ia adalah berita baik buat PIA, yang mengalami kerugian selama bertahun serta bergelut memperbaiki prestasinya.
Ia melancarkan perkhidmatan premier pada 14 Ogos lalu bagi menarik pelanggan. Sejak beberapa tahun lalu, semakin ramai wanita menjadi juruterbang.
Pada 2006, tujuh wanita tamat pengajian sebagai juruterbang jet pejuang dalam tentera udara negara itu. – Agensi
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Sukses Capai Jualan Rm250 Juta Sebelum Raya, Kontr ...

Takde Kat Korea Kan.. Netizen Jijik Lihat Vide ...

Eos R50 V: Kamera Kompak, Sensor Aps-c, Sesuai Unt ...

Pencakar Langit Thailand Runtuh Akibat Gempa Bumi ...